“Aku pun duduk flat, tak payah habiskan duit, tunjuk kau ada kelas dan mampu!” - Michael Ang - Utusan Malaysia

“Aku pun duduk flat, tak payah habiskan duit, tunjuk kau ada kelas dan mampu!” – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Michael Ang tampil menasihatkan anak-anak muda supaya tidak boros malah menabung untuk masa depan.

Jelas Michael di Instagram miliknya, rata-rata anak muda hari ini lebih gemar menunjuk-nunjuk di media sosial.

“Nasihat kepada anak-anak Malaysia! Rancang hidup anda, sebelum umur 28 tahun mesti ada rumah. Tidak kisahlah kalau flat saja pun, aku pun duduk flat.

“Sedikit wang simpanan dan pengangkutan kereta atau motosikal, berhutang itu pastikan boleh bayar balik bulanannya. Kalau yang baca dan lebih 28 tahun serta tidak ada seperti di atas, baik kau orang fikirkan hidup masing-masing.

“Lakukanlah sesuatu. Tak payah habiskan duit beli benda untuk tunjuk pada orang yang kau ada kelas dan mampu! Setuju ke tidak?” katanya.

Menerusi perkongsian hantaran sama, pengarah yang terkenal dengan kelantangan bersuara itu, turut menyindir majoriti muda-mudi suka bersenang-senang sahaja.

“Kepada anak-anak muda yang hari-hari dekat media sosial muat naik Christian Dior, Louis Vuitton, Gucci, Iphone 13 max pro, bawa BMW atau kereta dan motosikal luar negara.

“Tapi masih duduk dengan ibu bapa dan kena tanggung atau pun sewa bilik sahaja sebenarnya! Sedarlah ya! IKEA tengah promosi jualan, sila pergi beli cermin! Nasihat saja bukan mengata ya!,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya