Akaun Instagram hilang dari radar, Abby Abadi masih berharap - Utusan Malaysia

Akaun Instagram hilang dari radar, Abby Abadi masih berharap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi, 44, mendedahkan akaun Instagramnya tiba-tiba sahaja bagaikan hilang dari radar tanpa diketahui apakah puncanya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Abby menerusi satu akaun Instagram baru yang diwujudkan olehnya selepas mengaku gagal mendapatkan akaun terdahulu.

“Allah SWT Maha Tahu yang terbaik. Terima kasih suami dan anak kerana membantu. Terima kasih juga kepada Azza.

“Instagram sebelum ini yang menggunapakai akaun @abby_abadi112 hilang dari radar. Sudah cuba mendapatkannya menerusi emel, menerusi nombor telefon, semua gagal.

“Tetapi masih menaruh harapan untuk dapatkannya semula. Harap-harap ada pakar yang muncul. Amin,”katanya dalam satu hantaran yang dibuat di akaun baru @abbyabadi_official semalam.

Menerusi hantaran yang sama, penyanyi tersebut juga mengambil kesempatan memaklumkan kepada pengikut dan peminat bahawa dia juga mempunyai akaun yang aktif di aplikasi Tik Tok.

“Sekarang saya juga ada akaun yang aktif di Tik Tok. Mengguna pakai nama abbyabadiofficial ya. Sokonglah saya.

“Sokong juga bisnes, baca video tazkirah-tazkirah yang saya kongsikan dengan penuh kasih sayang. Ingatan untuk saya dan yang memerlukan peringatan,”katanya.

Dalam pada itu, Abby dalam satu hantaran lain selang beberapa jam kemudian turut sekali lagi memberitahu bahawa dirinya masih berharap untuk memperolehi semula akaun yang lama.

“Saya masih berharap akaun itu dapat diperolehi semula. Tetapi, kalau tiada rezeki, Allah SWT lebih tahu yang terbaik.

“Mulakan yang baru di sini,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya