Air pasang besar: 11 kawasan berisiko di Klang dikenal pasti - Utusan Malaysia

Air pasang besar: 11 kawasan berisiko di Klang dikenal pasti

MOHD. Shahrizal Mohd Salleh (tengah) bersama Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melawat Pintu Air Pandamaran 12 di Pelabuhan Klang, Selangor yang menjadi berisiko tinggi menghadapi banjir berikutan fenomena air laut pasang besar. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak 11 kawasan di sekitar daerah ini dikenal pasti berisiko dilanda banjir berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula Khamis hingga Ahad ini.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD), Mohd. Shahrizal Mohd. Salleh berkata, kawasan yang dikenal pasti ialah Kampung Tok Muda, Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Pandamaran, Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang, Kampung Sungai Serdang, Ban Sementa, Ban Sungai Keramat, Kampung Perepat, Pelabuhan Utara, Telok Gong dan Pulau Ketam.

“Kita telah mengaktifkan pasukan tinjauan di lokasi berisiko diketuai pasukan bomba sepanjang tempoh fenomena air pasang besar.

“Arahan bersedia juga telah dikeluarkan kepada semua penghulu dan ketua kampung supaya dapat membantu memantau kawasan ini,” katanya selepas melawat Pintu Air Pandamaran 12, Jalan Pandamaran Jaya, di sini, hari ini. 

Beliau menambah, mengikut jangkaannya, fenomena tersebut dijangka berlaku pada pukul 5.21 pagi Khamis ini, 6.02 pagi hari Jumaat, 6.40 pagi (Sabtu) dan yang terakhir 7.18 pagi (Ahad) dengan paras air laut boleh mencecah sehingga 5.6 meter. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN