Adly berkempen guna skuter - Utusan Malaysia

Adly berkempen guna skuter

ADLY Zahari menggunakan skuter bagi menyampaikan risalah kempen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari menunggang skuter bagi mengedarkan risalah di sekitar kawasan ditandinginya.

Adly menerusi Facebook beliau, menunjukkan beberapa foto bagi memulakan kempen hari kedua Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dalam pada itu, beliau menyampaikan pesanan kepada rakyat Melaka agar keluar mengundi pada 20 November ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Pagi ini turun edar risalah di sekitar DUN Bukit Katil. Cuaca cerah pagi ini diharap akan berterusan sehingga ke hari pengundian.

“Pesanan kepada rakyat Melaka, jangan takut untuk keluar mengundi pada 20 November nanti, ikuti SOP yang telah ditetapkan.

“Masa depan 5 tahun negeri Melaka terletak di tangan anda. Sayangilah negeri kita.” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka itu.

PRN Melaka terpaksa diadakan ekoran pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober seperti mana di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.

Perkara itu ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN