'Adakan debat calon-calon Ketua Menteri daripada PH, BN, PN' - Anwar - Utusan Malaysia

‘Adakan debat calon-calon Ketua Menteri daripada PH, BN, PN’ – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memberi ruang kepada semua calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk berdebat secara terbuka.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu wajar diberi perhatian kerana ia mampu mengangkat imej Malaysia di mata dunia sebagai pengamal demokrasi yang matang.

“Saya sambut baik malah mengalu-alukan hasrat kerajaan yang menyatakan kesediaan untuk memberi ruang berkempen sama rata kepada semua calon-calon PRN Melaka termasuk yang ditonjolkan Pakatan Harapan di saluran media rasmi kerajaan.

“Lantaran itu, saya mencadangkan agar satu debat terbuka dianjurkan antara calon-calon Ketua Menteri daripada PH, Barisan Nasional ( BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan ruang untuk semua calon PRN Melaka berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Menurutnya, perincian perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak berkaitan terutama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN