823 mangsa banjir di tiga daerah di Kedah - Utusan Malaysia

823 mangsa banjir di tiga daerah di Kedah

SEORANG penduduk membawa anak-anaknya mengharungi banjir di Kampung Kubang Betong, Changlun, Kubang Pasu, Kedah. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat apabila seramai 823 mangsa daripada 232 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah hingga pukul 8 pagi ini.

Semalam, seramai 793 mangsa daripada 221 keluarga  ditempatkan di dua PPS daerah Pendang, lapan di daerah Kota Setar dan dua di daerah Kubang Pasu.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, jumlah mangsa di daerah Pendang kekal seperti semalam.

“Seramai 225 mangsa daripada 54 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan 68 mangsa daripada 22 keluarga di PPS Dewan Cenderawasih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Muaz berkata, di daerah Kota Setar iaitu dua PPS di Pokok Sena juga jumlah mangsa masih sama iaitu 26 mangsa daripada lapan keluarga di PPS Surau Kampung Permatang Limau dan 22 mangsa daripada enam keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang.

“Di daerah Kota Setar juga terdapat dua PPS yang baru dibuka pada pukul 8 malam semalam iaitu PPS SK Convent seramai sembilan mangsa daripada tiga keluarga dan 75 mangsa daripada 26 keluarga di PPS SK Titi Gajah.

“Di empat PPS lain jumlah juga masih kekal iaitu 80 mangsa daripada 23 keluarga di PPS SK Langgar, 67 mangsa daripada 25 keluarga di PPS SK Suka Menanti, 118 mangsa daripada 32 keluarga di PPS SK Darul Hikmah dan 33 mangsa daripada lapan keluarga di PPS SK Haji Wahab,” ujarnya.

Tambahnya, dua PPS di daerah Kubang Pasu iaitu PPS SK Dewan Kampung Tradisi, Lebah Keriang masih menempatkan 72 mangsa daripada 20 keluarga dan PPS SK Malau seramai 28 mangsa daripada lima keluarga. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya