49 dikompaun di premis hiburan - Utusan Malaysia

49 dikompaun di premis hiburan

ANTARA pengunjung yang dikompaun polis Kuala Lumpur di sebuah premis hiburan di ibu negara malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 49 pengunjung termasuk pemilik premis dikompaun RM265,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dengan melakukan aktiviti terlarang dalam premis hiburan di ibu negara, semalam.

Tindakan kompaun itu dikeluarkan selepas premis hiburan tersebut diserbu oleh 14 pegawai dan anggota dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur.

Ketua JPJKK, Datuk Azman Ayob berkata,  hasil serbuan yang dijalankan mendapati premis tersebut telah melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021.

Katanya, kompaun bernillai RM 25,000.00 dikenakan m kepada pemilik premis, manakala sebanyak 48 pengunjung telah dikenakan kompaun bernilai RM 5,000.00 setiap individu.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan adalah bernilai RM 265,000.

“Dalam serbuan yang sama juga, seramai 49 orang pengunjung telah disaring ujian air kencing dan mendapati seramai 13 individu didapati positif di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Azman berkata, operasi seperti ini akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga Kuala Lumpur khususnya dan membantu usaha kerajaan dalam menghentikan penularan wabak Covid-19 dalam negara kita.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN