48,461 individu terima dos penggalak di Sabah - Utusan Malaysia

48,461 individu terima dos penggalak di Sabah

SHAHELMEY Yahya (tiga kanan) beramah mesra dengan pengamal media yang hadir menerima dos penggalak vaksin di PPV SICC hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 48,461 orang penduduk dewasa Sabah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ia termasuk petugas barisan hadapan dan juga warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas.

Hari ini, seramai 140 orang petugas media turut menerima dos penggalak jenis Pfizer dan Sinovac.

“Pada dua hari lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan individu yang berusia 40 tahun ke atas dan memenuhi kriteria untuk menerima dos penggalak boleh datang secara terus ke mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) atau fasiliti kesihatan.

“Selaku Exco Kesihatan negeri, saya menyarankan individu yang layak divaksin untuk tampil dan mengambil dos penggalak termasuk individu yang menerima janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

“Jika dilihat semalam, kadar kebolehjangkitan (R-naught) yang dicatatkan di Malaysia mencecah 1.04. Ini merupakan satu peringatan awal bahawa kadar jangkitan boleh meningkat semula,” katanya selepas melawat PPV Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Justeru, beliau meminta semua individu yang layak menerima dos penggalak untuk mengambil vaksin ini agar usaha memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 berjaya dilakukan.

Tambah beliau, petugas media merupakan sebahagian daripada petugas barisan hadapan maka, petugas media digalakkan mendapatkan dos penggalak ini demi meningkatkan daya ketahanan diri.

Mengulas lanjut katanya, PPV SICC itu akan beroperasi sehingga akhir bulan ini jadi, mana-mana individu yang ingin mendapatkan dos penggalak boleh mengunjungi klinik kesihatan awam dan swasta.

Pada masa ini, sebanyak 76 PPV termasuk lima hospital swasta masih beroperasi bagi memberi vaksin Covid-19 secara percuma.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata, isu penjawat awam negeri yang enggan divaksin sangat minimum.

Setakat bulan lepas, daripada 19,571 orang atau kira-kira 97 peratus daripada 20,174 kakitangan awam Sabah sudah menerima vaksin Covid-19.

Walau bagaimanapun, terdapat 326 orang daripada 42,440 guru di Sabah masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 30 Oktober lalu. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya