35 penagih dadah ditahan dalam operasi di Pendang

35 penagih dadah ditahan di Pendang

SEBAHAGIAN daripada penagih dadah yang ditahan dalam operasi di Pendang, Kedah, Ahad dan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Seramai 35 penagih termasuk pengedar dadah ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah di sekitar daerah ini pada Ahad dan semalam.

Operasi tersebut dilakukan di Kampung Paya Kechut, Kampung Charok Kudung, Kampung Asam Jawa, Kampung Bendang Raja, Kampung Lubang Lerek, Kampung Paya Sulaiman dan Kampung Lahar Batu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Taufik Maidin berkata, kesemua penagih dadah yang ditahan itu berumur antara 19 hingga 60 tahun.

“Dalam serbuan itu juga kami berjaya menahan beberapa pengedar di beberapa lokasi kampung terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, beberapa jenis dadah turut dirampas seperti heroin seberat 9.57 gram, syabu sebanyak 5.81 gram dan ganja pula seberat 2.52 gram.

“Tiga daripada individu itu ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala lapan lagi mengikut Seksyen 12(2) ADB dan seorang mengikut Seksyen 6 ADB 1952.

“Selebihnya iaitu 23 individu lagi ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” ujarnya.

Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati ada tangkapan berpotensi untuk dituduh mengikut Seksyen 39C ADB 1952 dan Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya