31 pusat kebajikan Islam terima sumbangan RM155,000

31 pusat kebajikan Islam terima sumbangan RM155,000

MOHD. Khairuddin Othman bermesra dengan salah seorang penerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan MAIS di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak RM155,000 diserahkan kepada 31 buah rumah perlindungan atau pemulihan dan kebajikan Islam di seluruh Selangor bagi memberi sokongan dan bantuan kepada premis berkenaan.

Sumbangan kepada pusat seumpama itu diberikan sejak tahun lalu apabila sebanyak RM116,000 diperuntukkan kepada 29 rumah menerusi kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menurut Exco Generasi Muda dan Modal Insan, Mohd.Khairuddin Othman, program tersebut adalah sokongan daripada kerajaan negeri abgi memastikan pembangunan sosial dalam kalangan penghuni.

“Pembangunan sosial dalam kalangan penghuni rumah berkenaan diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik seterusnya mampu melahirkan masyarakat madani yang mempunyai sahsiah diri cemerlang.

“Langkah itu juga selaras dengan misi dan visi Selangor Negeri ‘Smart And Caring (SAC)’,” katanya selepas menyampaikan inisiatif tersebut di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Dalam program yang turut dihadiri Pengarah Pembangunan Sosial Majlis MAIS, Suhaimi Ismail itu, sebanyak RM5,000 diberikan kepada setiap pusat kebajikan.

ADUN Paya Jaras itu menambah, selain jumlah peruntukan sebanyak RM271,000 yang diberikan dalam tempoh dua tahun, program dialog dengan pengurusan rumah perlindungan berkenaan juga diadakan bagi melihat aspek yang boleh ditambah baik.

“Di antara perkara yang menjadi perhatian kita adalah bagaimana kita boleh menambah baik premis mereka ini dan insya Allah kerajaan negeri akan mengadakan dialog dengan rumah perlindungan ini.

“Dialog ini adalah untuk kita menyelesaikan banyak isu premis melibatkan keselamatan terutamanya isu di pihak berkuasa tempatan yang kita dengar banyak aduan.Jadi hari ini adalah program libat urus dengan mereka,” ujarnya.

Mohd. Khairuddin menambah, turut disasarkan adalah rumah perlindungan atau pemulihan dan kebajikan bukan Islam pula akan diadakan program sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN