20 awak-awak, jurumudi positif dadah  - Utusan Malaysia

20 awak-awak, jurumudi positif dadah 

ANGGOTA Maritim Malaysia dengan kerjasama AADK melakukan pemeriksaan rawak terhadap jurumudi dan awak-awak dalam operasi bersepadu di perairan Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seramai 20 individu terdiri daripada awak-awak dan jurumudi dikesan positif dadah dalam Op Bersepadu bagi mengesan penagih dadah dalam kalangan komuniti maritim di perairan Mersing, di sini.

Operasi tiga hari itu dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Mersing bermula 13 November lalu.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, operasi berkenaan dilakukan berikutan aduan serta maklumat diterima mengenai penglibatan jurumudi bot penumpang dan bot nelayan dalam penyalahgunaan barang terlarang ketika melakukan aktiviti di laut.

“Pemeriksaan secara rawak dilakukan ke atas 89 individu termasuk 23 warga Indonesia yang berusia antara 20 tahun hingga 60 tahun dalam operasi terbabit. Daripada jumlah itu 20 warga tempatan berusia 23 hingga 50 tahun positif methamphetamine, ganja dan opiat.

“Kesemua mereka telah diberi jaminan bersyarat oleh AADK dengan diwajibkan hadir melapor diri di pejabat AADK pada hari yang ditetapkan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya