1,300 keluarga masyarakat India terima sumbangan Deepavali - Utusan Malaysia

1,300 keluarga masyarakat India terima sumbangan Deepavali

ABDUL Azeez Abdul Rahim (kiri) beramah mesra bersama masyarakat India pada majlis penyampaian sumbangan sempena Deepavali di Taman Permai Jaya, Kuala Ketil, Baling. - UTUSAN/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seramai 1,300 keluarga masyarakat India di daerah ini menerima sumbangan barangan makanan, kain sari dan wasti sempena sambutan Deepavali pada Khamis ini.

Penerima sumbangan itu turut menerima wang perbelanjaan untuk membeli barangan keperluan sebagai persediaan menyambut perayaan tersebut.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sebanyak 13 jenis makanan  dibekalkan dalam kotak Mitra yang disumbangkan oleh Kementerian Perpaduan Negara.

“Sumbangan ini bermakna bagi saya untuk menyantuni masyarakat India sempena sambutan Deepavali dan semua rumah masyarakat India di daerah ini.

“Program sumbangan ini merupakan acara tahunan bertujuan membantu meringankan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan sempena Deepavali di Taman Permai Jaya, Kuala Ketil di sini hari ini.

Menurutnya, sumbangan itu bertujuan mendekati dan membantu serta memberi perhatian kepada masyarakat India dalam usaha mengeratkan lagi hubungan mesra dan penuh kasih sayang di antara satu sama lain.

“Saya berharap golongan warga emas, ibu tunggal dan keluarga yang mempunyai tanggungan ramai yang menerima sumbangan ini dapat menyambut Deepavali dalam keadaan ceria dan gembira,” katanya.

Pada masa sama, tambahnya, beliau juga mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal bagi menghindari jangkitan Covid-19 pada musim perayaan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN