13 peserta Gegar Vaganza 8 berentap 21 November ini - Utusan Malaysia

13 peserta Gegar Vaganza 8 berentap 21 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Astro hari ini mengumumkan 13 peserta baru yang akan berentap merebut gelaran Juara menerusi pertandingan nyanyian popular tanah air, Gegar Vaganza yang kini telah memasuki musim ke-8 (GV8).

Mengguna pakai tagline Bintang Kembali Menyengat, pentas berprestij GV8 akan menjadi medan penentu bagi 13 peserta yang merangkumi tiga buah negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Mereka yang terpilih kali ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk, Aliff Aziz.

Selain itu, turut bersaing dalam program realiti ini ialah, Adibah Noor, Ani Mayuni,Suki, Nikki dan Upiak Isil.

Musim ini juga menyaksikan kemeriahan berganda apabila Astro turut mengumumkan kehadiran pelawak terkenal Saiful Apek dan Yassin serta Nico yang akan mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

GV8 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional.

Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh sebagai penaja utama dengan kerjasama Digi sebagai Telco rasmi.

Selain itu, Adabi dan CUCKOO juga memainkan peranan sebagai penaja utama.

Sementara itu, Maestro tersohor negara, Datuk Ramli MS masih dikekalkan sebagai juri tetap musim baru ini ditemani dengan kehadiran Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Juara GV8 akan membawa pulang sang tunai bernilai RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Konsert GV8 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam bermula 21 November ini.

Untuk rekod, program GV telah menobatkan barisan artis bergelar juaranya sebelum ini iaitu Ayai Ilusi ( GV1 ), Siti Nordiana (GV2), Azharina(GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5),Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya