12 Venue Sukma Johor disewa, elak jadi projek gajah putih - Utusan Malaysia

12 Venue Sukma Johor disewa, elak jadi projek gajah putih

SALAH sebuah stadium yang dijadikan venue untuk acara olahraga dan balapan Sukma Johor di Taman Austin, Johor Bahru., Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kesemua venue yang dibina bagi tujuan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) di negeri ini akan disewakan untuk penganjuran pelbagai aktiviti kesukanan sebelum temasya itu diadakan pada 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, langkah itu diambil bagi memastikan kesemua 12 fasiliti itu tidak menjadi projek gajah putih.

Katanya, keutamaan pihaknya adalah memastikan penyelenggaraan kesemua fasiliti terbabit kekal bersedia untuk penganjuran Sukma Johor 2024.

“Sebagai contoh velodrom untuk sukan basikal, kita mendapat permohonan daripada pasukan negara selain negara jiran untuk menggunakan fasiliti berkenaan.

“Jadi ini adalah langkah yang kita gunakan untuk memastikan kesemua venue berkenaan terus digunakan yang akan diselia Perbadanan Stadium Negeri Johor (PSNJ), Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya selepas majlis perasmian Festival Orang Muda Johor 2021 di TMIYC Johor Bahru, di sini hari ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan hadir menyempurnakan majlis perasmian berkenaan. Turut sama, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tertinggi Sukma memutuskan penganjuran Sukma Johor ditangguhkan ke tahun 2024 dan menetapkan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah untuk Sukma 2022.

Sukma Johor 2020 sepatutnya berlangsung pada 6 hingga 14 Mac 2021 manakala Para Sukma pada 5 hingga 10 April telah dibatalkan berikutan peningkatan kes Covid-19 tahun ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya