1,000 perintis inovasi rancak pembangunan usahawan - Utusan Malaysia

1,000 perintis inovasi rancak pembangunan usahawan

ADHAM Baba (tiga dari kiri) ketika menyampaikan bantuan kepada penerima dana pembangunan YIM di Pasar Awam Bandar Tenggara, Kota Tinggi di Johor. -UTUSAN/MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kira-kira 1,000 perintis inovasi disasarkan mendapat manfaat pada tahun depan melalui Program Pembangunan Inovasi Sosial oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, sasaran pertambahan itu adalah bagi merancakkan lagi pembangunan usahawan dalam inovasi produk menerusi sains dan teknologi.

Katanya, sehingga kini seramai 5,000 perintis inovasi telah mendapat manfaat dari dana pembangunan produk tempatan dan pembangunan kapasiti yang bernilai RM15 juta sejak ditubuhkan pada 2008.

“Mereka perlu mengemukakan dokumen yang perlu untuk memohon dan penilaian akan dibuat mengikut keperluan semasa.

“MOSTI sentiasa komited memperkasa inovasi sosial menerusi teknologi inovasi tempatan. Dengan program seumpama ini ia menggalakkan perintis inovasi tempatan untuk mereka cipta teknologi dan tidak hanya menjadi pengguna teknologi luar negara.

“Inovasi tempatan ini dapat memartabatkan ekonomi B40 dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat, selain menjimatkan masa dan tenaga,” katanya ketika ditemui pada lawatan kerja di Pasar Awam Bandar Tenggara, di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN