100 anggota bomba Terengganu dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

100 anggota bomba Terengganu dijangkiti Covid-19

MD. Hilman Abd. Rashid (kanan)  melihat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu yang menerima suntikan dos penggalak Covid-19 di Kuala Terengganu, hari ini. - TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 100 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini dijangkiti Covid-19 sejak Mac tahun lalu hingga kini.

Pengarahnya, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, daripada jumlah itu, seramai 12 kakitangan masih dalam proses pemulihan dengan menjalani kuarantin di rumah manakala baki yang lain sudah sembuh.

“Kesemua 12 yang dijangkiti itu dikategorikan sebagai pesakit tahap satu dan dua Covid-19. Setakat ini tiada kematian direkodkan dan secara keseluruhan seramai 405 petugas kita diarahkan menjalani kuarantin sejak pandemik Covid-19 melanda,” katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan dos penggalak di sini, hari ini.

Sementara  itu, Md. Hilman berkata, sejumlah 700 anggota dan pegawai JBPM negeri ini akan diberikan dos penggalak sebagai antara persediaan mereka dalam menghadapi Monsun Timur Laut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya