fbpx

28 Januari 2022, 4:01 pm

  TERKINI

YIDE anjur Bulan Anak Yatim sempena bulan kelahiran Rasulullah SAW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Buat julung-julung kalinya, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menganjurkan Bulan Anak Yatim bersempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, bulan Islam Rabiul Awal.

Pengerusi YIDE, Datuk Bakhtiar Hussin berkata, penganjuran kali pertama dengan tema ‘Sayangi Anak Yatim’ itu akan dijadikan sebagai program tahunan bagi memupuk kesedaran orang ramai berkenaan pentingnya menjaga anak yatim ini.

Menurut beliau, dalam negara menghadapi pandemik Covid-19, ia telah meragut nyawa ramai ketua keluarga dan meninggalkan anak-anak menjadi yatim dalam sekelip mata.

DON DANIYAL DON BIYAJID

“Melalui perkongsian data YIDE bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Selangor, seramai 1,403 orang pelajar daripada 1,020 buah keluarga di negeri ini  telah menjadi yatim. 

“YIDE mengambil langkah kehadapan dalam menamakan Bulan Anak Yatim sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W iaitu bulan Islam Rabiul Awwal dimana Baginda juga telah dilahirkan adalah seorang anak yatim,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Bakhtiar memberitahu, pelbagai program telah dirangka seawal 8 Oktober bersamaan 1 Rabiul Awal 1443H sehingga 5 November (29 Rabiul Awal).

ABDULLAH KHAIRI

Antaranya sesi siaran langsung Facebook yang menampilkan Ikon Mahabbah YIDE, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan juga beberapa figura dakwah tanah air iaitu Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim, Ustaz Haslin Bollywood, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Syamsul Debat, PU Hafiz dan Fakhrul UNIC 

“Selain itu, pihak YIDE akan mengendalikan webinar dan akan mengumpulkan lebih 70 buah rumah kebajikan anak-anak yatim dalam negeri Selangor bagi memberi penerangan berkenaan hal ehwal penjagaan anak-anak yatim ini.

“Bulan Anak Yatim ini turut akan diserikan dengan sentuhan Diraja apabila Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli menyantuni beberapa Rumah Kebajikan Anak Yatim yang menunjukkan keprihatinan Baginda terhadap kebajikan anak-anak yatim di Selangor,” ujarnya.

Sehubungan itu, YIDE berharap agar program bulan anak yatim ini akan menjadi titik permulaan yang baik bagi orang awam untuk terus memberikan perhatian kepada anak-anak yatim khususnya dari sudut sokongan moral seperti sokongan emosi dan sebagainya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI