Wanita warga asing trauma dirogol, dirompak  - Utusan Malaysia

Wanita warga asing trauma dirogol, dirompak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita warga asing mengalami trauma selepas mendakwa dirogol dan dirompak seorang lelaki di sebuah rumah teres dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi di Prai, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, ketika kejadian mangsa berada di bilik asrama pekerja di tingkat satu di rumah berkenaan.

Katanya, mangsa turut diacukan objek tajam di leher selain mendakwa wang miliknya sebanyak RM200 turut dilarikan suspek.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa sedang tidur di dalam bilik di tingkat atas dalam keadaan pintu yang berkunci.

“Suspek bagaimanapun berjaya memecah masuk ke dalam rumah itu dengan mengumpil pintu hadapan bilik mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafee, selepas laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan, mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Ekoran kes itu juga, polis berjaya menahan dua suspek warga tempatan yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah untuk membantu siasatan kes terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan ketika ini, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya