Wajib dua dos vaksin untuk Terbuka Australia - Utusan Malaysia

Wajib dua dos vaksin untuk Terbuka Australia

Novak Djokovic muncul juara Terbuka Australia tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Pemain tenis yang tidak menerima vaksin Covid-19 akan dilarang menyertai Terbuka Australia tahun hadapan kata pemimpin politik negeri yang menganjurkan kejohanan itu.

Ketua negeri Victoria, Daniel Andrews memperkenalkan mandat untuk atlet profesional yang bertanding dalam sukan tempatan dan pekerja industri untuk mengambil vaksin dan terus memberi tekanan kepada pemain tenis yang kerap menyertai kejohanan luar.

“Saya tidak fikir pemain yang tidak divaksin akan menerima visa kemasukan ke negara ini.

“Seandainya diberikan visa, mereka perlu menjaani kuarantin untuk beberapa minggu manakala pemain lain tidak perlu.

“Atlet profesional adalah pekerja yang disenaraikan wajib untuk menerima dua dos vaksin,” katanya.

Australia merancang untuk membuka sempadan antarabangsa buat klai pertama sejak 18 bulan tetapi secara berperingkat bergantung kepada jumlah vaksinasi di seluruh negara.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.