Vaksin heterologi dengan dos penggalak Covid-19 perlu dilulus segera

Vaksin heterologi dengan dos penggalak Covid-19 perlu dilulus segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan (PH) berpendirian Kementerian Kesihatan dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) harus meluluskan segera suntikan vaksin heterologi dengan dos penggalak vaksin Covid-19.

Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan memaklumkan, ujian klinikal dijalankan di beberapa negara seperti Jerman, Sepanyol, Taiwan, Sweden dan United Kingdom menunjukkan keputusan positif termasuk tahap netralisasi antibodi yang bertambah dibandingkan dengan vaksin homologi.

“Usaha-usaha klinikal menunjukkan keputusan-keputusan yang menyakinkan termasuk kajian-kajian di negara terlibat dalam kesan imunisasi heterologi dengan dos penggalak utama Vaksin Covid-19 terhadap SARS-Cov-2.  

“Mereka menunjukkan keputusan-keputusan yang positif termasuk tahap netralisasi antibodi yang bertambah dibandingkan dengan vaksin homologi. Rejimen penggalak utama heterologi dengan vektor adenovirus juga penambahbaikkan respons-respons Th1-biased T cell,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Kesihatan PH menyokong keputusan kerajaan Pusat untuk melancarkan dos ketiga dan suntikan penggalak Covid-19 kepada yang layak terutamanya warga emas, petugas kesihatan dan petugas barisan hadapan berisiko tinggi.

Sebaliknya jawatankuasa menggesa kerajaan agar menerangkan strategi yang jelas dan komprehensif berdasarkan pada sains dan data untuk memberi perlindungan terhadap golongan berisiko tinggi terutamanya dalam keadaan antibodi imun yang semakin berkurangan.  

Kenyataan sama menjelaskan, program dos penggalak haruslah dirancang dengan teratur dan baik dalam kalangan terlibat termasuk petugas swasta yang mengendalikan suntikan penggalak.

“Namun begitu, kita harus berhati-hati dengan kenyataan rasmi Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) yang menyatakan bahawa masih belum terdapat penglibatan daripada Jabatan Kesihatan negeri yang masih sepi di dalam program dos ketiga dan suntikan penggalak ini.

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita harus mempelajari dari kesilapan lepas termasuk penglibatan petugas swasta pada minit-minit terakhir,” katanya.

Oleh itu, Jawatankuasa Kesihatan PH menyeru pihak Kementerian Kesihatan supaya memperjelaskan strategi dan pelaksanaan mereka termasuk rangka masa, definisi dan kategori yang jelas kelayakan untuk dos ketiga dan suntikan penggalak, dan strategi usaha mendidik kepentingan dos tambahan kepada semua yang layak dan memastikan tiada yang ketinggalan.

“Selain itu, ianya perlu melibatkan pengamal am di peringkat awal dan menyediakan strategi pelancaran yang jelas untuk memastikan program pelan dos ketiga dan vaksin penggalak ini adalah pantas dan efisien dan meluluskan vaksin heterologi dengan dos penggalak secepat mungkin berdasarkan kepada data global yang jelas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya