Undang-undang keselamatan siber dibentang Kabinet  - Utusan Malaysia

Undang-undang keselamatan siber dibentang Kabinet 

ABD. Latiff Ahmad (tengah) mengadakan pertemuan dengan orang ramai pada Hari Bertemu Pelanggan di Menara Usahawan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Undang-undang khusus bagi memperketat keselamatan siber akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas- Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latif Ahmad berkata, ketika ini syor-syor undang-undang itu sedang diteliti dan berada di peringkat akhir.

Beliau berkata, syor itu sedang disiapkan dan menunggu masa dan tarikh sesuai untuk dibentangkan kepada Kabinet.

“Saya sedang menyediakannya, kita tunggu memorandum jemaah menteri untuk dibentangkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi Hari Bertemu Pelanggan di Menara Usahawan di sini, hari ini.

Ditanya perincian mengenai syor-syor itu, Abd. Latif berkata, ia akan didedahkan selepas dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Kerajaan sebelum ini bercadang mewujudkan undang-undang khusus bagi memperketat keselamatan siber di negara.

Terdahulu, Dr. Abd. Latif meluangkan masa tiga jam untuk bertemu rakyat bagi mendengar aduan dan permasalahan mereka menerusi sesi Hari Bertemu Pelanggan yang akan diadakan pada hari Selasa setiap minggu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya