Ubat antiviral Molnupiravir diberi percuma - Utusan Malaysia

Ubat antiviral Molnupiravir diberi percuma

KHAIRYJamaluddin menerima cenderahati daripada pesakit di wad pediatrik ketika membuat lawatan, di Hospital Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ubat antiviral Molnupiravir untuk rawatan Covid-19  diberikan secara percuma kepada pesakit kategori tiga, empat dan lima.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan ujian klinik terhadap ubat tersebut menunjukkan keberkesanan  membantu merawat pesakit kategori tiga, empat dan lima Covid-19 sekali gus dapat membantu usaha pemulihan mereka yang dijangkiti virus tersebut.

“Kita fokus kepada kategori tersebut sebab kita tidak melakukan perolehan dalam jumlah besar. Sebab kita itu buat perjanjian perolehan untuk 150,000 pesakit buat permulaan

“Kita rasa jumlah ini tepat berdasarkan unjuran kes pada masa depan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN