TYT perlu segera selesai kemelut politik Melaka - Utusan Malaysia

TYT perlu segera selesai kemelut politik Melaka

SHAMSUL ISKANDAR MOHD. AKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd Rustam perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Melaka. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, penyelesaian itu perlu bersesuaian mengikut perlembagaan negeri bagi mengembalikan kestabilan politik di negeri itu.

“Dengan perkembangan terkini, Ketua Menteri Melaka telah hilang kuasa. Kalau ikut perlembagaan negeri Melaka, beliau mesti letak jawatan dan TYT (Tuan Yang Terutama) sewajarnya bertindak dengan segera menyelesaikan masalah kepimpinan negeri mengikut saluran lunas perlembagaan negeri,” katanya ketika dihubungi.

Situasi politik di Melaka ‘panas’ apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mereka ialah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Idris berkata, kesemua mereka telah menghantar surat menarik sokongan kepada pejabat Ketua Menteri, hari ini. 

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar dihadiri keempat-empat ADUN berkenaan.

Dalam masa yang sama, Shamsul turut berkata, antara faktor yang menyebabkan ADUN tersebut keluar parti adalah tindakan Sulaiman sendiri yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan mereka.

“Tentunya PH (Pakatan Harapan) terkejut dengan tindakan empat ADUN ini. Ia menunjukkan di bawah kepemimpinan Sulaiman lemah dan ini menjurus menyebabkan imej keyakinan ADUN-ADUN dan Exco.

“Ada tiga Exco di bawah kepimpinan beliau tidak bersetuju dengan tindakan dasar Sulaiman,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya