Mesyuarat tergempar MKT UMNO esok - Utusan Malaysia

Mesyuarat tergempar MKT UMNO esok

PENGGUNAAN logo UMNO dalam mana-mana pilihan raya tidak membawa makna jika defisit kepercayaan terhadap parti itu tidak dapat dipulihkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka diadakan secara maya pada pukul 4 petang esok.

Menerusi satu ciapan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan perihal kenyataan media Istana Negara warkah Yang di-Pertuan Agong. 

“Antara perkara yang akan dibincangkan adalah berkaitan Istana Negara, isu darurat dan ordinannya dan penangguhan sidang Parlimen hari ini,” katanya dalam laman Twitter. 

Kali terakhir Mesyuarat MKT UMNO diadakan adalah pada 7 Julai lalu.

Pada 8 Julai, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO menarik sokongan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya