[VIDEO] Tunggang motosikal secara berbahaya, 7 individu   diburu polis - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tunggang motosikal secara berbahaya, 7 individu   diburu polis

TANGKAP layar rakaman video tular  memaparkan tujuh individu menunggang motosikal secara berbahaya dalam kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Polis sedang mengesan tujuh individu yang menunggang motosikal secara berbahaya dalam kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, petang ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, ia susulan rakaman video tular yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook.

Jelas beliau, video tersebut sebelum itu dirakam oleh seorang pengguna akaun TikTok.

“Video itu merakam aksi sekumpulan penunggang motosikal seramai tujuh orang yang menunggang motosikal dengan cara membongkok badan dan bersaing sesama sendiri serta membuat aksi zigzag yang dipercayai membahayakan diri sendiri dan pihak lain.

“Kejadian ini dipercayai berlaku pada 17 Oktober 2021 antara pukul 2 petang hingga 3 petang di Lebuh Raya Seremban- Port Dickson antara Kilometer 14 hingga 16 arah Port Dickson ke Seremban,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RAKAMAN video tular yang memaparkan tujuh individu menunggang motosikal secara berbahaya dalam kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson petang tadi.

Sehubungan itu, jelasnya, polis sedang mengesan kesemua penunggang motosikal bagi siasatan lanjut yang akan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu atau menunggang kenderaan secara melulu dan berbahaya.

“Jika sabit kesalahan, pesalah akan dikenakan tindakan penjara tidak kurang lima tahun dan denda antara RM5000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu melebihi 5 tahun.

 “Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian boleh menyalurkannya ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson atau menghubungi talian talian terus 06-6472222,” kata Muhamad Mustafah. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN