Tular audio: Agenda jejaskan reputasi pemimpin Pas menjelang pemilihan parti November - Utusan Malaysia

Tular audio: Agenda jejaskan reputasi pemimpin Pas menjelang pemilihan parti November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penularan audio yang didakwa mirip suara seorang pemimpin kanan Pas berikutan pemilihan parti yang akan diadakan pada bulan depan dipercayai agenda pihak tertentu untuk menjejaskan peluang pemimpin berkenaan untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Menurut sumber dalaman Pas, usaha tersebut untuk memburukkan reputasi pemimpin terbabit hanya kerana ‘tidak senang’ dengan prestasi beliau ketika pernah menerajui kementerian berkaitan komoditi negara.

“Beliau juga merupakan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, memang seorang yang buat kerja untuk Pas. Jadi, tindakan memburukkan nama beliau mesti dilaksanakan sekarang menjelang pemilihan Pas November ini,” kata sumber itu di sini semalam.

Sebelum ini tular audio mirip suara seorang pemimpin Pas yang didakwa mempertikai kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didedahkan seorang pemilik akaun Facebook, menggunakan nama Ahmad Rizqi Khairuddin.

Rakaman audio itu antara lain mendedahkan, pemimpin Pas yang dinamakan Dr T itu mendakwa, Abdul Hadi percaya bahawa Perikatan Nasional (PN) lebih berpengaruh berbanding Barisan Nasional (BN).

Dalam pada pada itu, menurut sumber itu lagi, gerakan ini dipercayai didalangi mereka yang bertegas mahu Pas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta PN dengan mengenepikan Muafakat Nasional (MN) yang tonggaknya adalah Pas dan UMNO.

Katanya, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka juga adalah medan ujian bagi melihat bagaimana kerjasama itu dapat dilaksanakan demi mengelakkan Pakatan Harapan menguasai semula negeri itu.  

“Kita tahu yang Pas mahu menjadi jambatan kepada kedua-dua PN dan MN demi kepentingan umat Melayu dan Islam,” katanya. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN