FLORIDA: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meminta hakim persekutuan di Florida supaya mendesak twitter mengambalikan akaunnya.
Pada Julai lalu Trump menyaman Twitter, Facebook dan Google termasuk ketua eksekutif mereka kepada menuduh bertindak di luar batas undang-undang untuk menghalang beliau menyuarakan pandangan.
Permintaan Trump supaya diberikan injunksi sementara terhadao Twitter telah difailkan lewat Jumaat lalu di Miami dengan dakwaan syarikat sosial media itu membatalkan akaun pada Januri kerana tekanan daripada lawan politiknya di Kongres.
Twitter bagaimanapun enggan memberi komen/
Trump hilang hak bersuara di platform sosial media itu tahun ini selepas syarikat itu mengatakan dia telah melanggar polisis dengan menagungkan keganasan.