PETALING JAYA : TRIIS iaitu Test (Uji)), Report (Lapor), Isolate (Asing), dan Seek (Dapatkan) merupakan antara langkah yang harus dilaksanakan bagi mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri demi memastikan proses peralihan negara ke fasa endemik berjalan lancar dan selamat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat kini memikul tanggungjawab yang besar untuk mejayakan usaha ini.
Kata beliau, Test adalah melakukan ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri sekiranya alami simptom-simptom jangkitan.
“Report melaporkan keputusan ujian pengesanan secepat mungkin di MySejahtera. Isolate lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif supaya tidak bahayakan orang sekeliling.
“Inform segera maklum kepada kontak rapat anda sekiranya didapati positif dan laporkan juga semua kontak rapat melalui pautan di dalam MySejahtera. Maklumkan juga kepada Pusat Penilaian Covid -19 (CAC) berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin di rumah.
“Seek iaitu dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alami gejala berat,” katanya dalam sidang media khas hari ini.- UTUSAN ONLINE










