Trafik LPT2 melonjak lebih 65 peratus - Utusan Malaysia

Trafik LPT2 melonjak lebih 65 peratus

PENGGUNA Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) direkodkan melonjak melebihi 65 peratus, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang menghubungkan antara Jabor dan Kuala Terengganu sepanjang 184 kilometer di sini mencatatkan peningkatan trafik melebihi 65 peratus, semalam.

Pengurus Perniagaan Rantau LPT2 Sdn. Bhd., Suhaimi Samat berkata, kenaikan itu susulan ramai pelanggan yang memanfaatkan cuti hujung minggu untuk pulang ke kampung halaman di samping bercuti ke pulau-pulau peranginan di negeri ini.

“Pelanggan mula melakukan perjalanan menuju ke pantai timur pada hujung minggu ini, sebelum tibanya musim tengkujuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suhaimi turut mengajak semua pelanggan untuk singgah di lima hentian rehat dan rawat (R&R) serta empat hentian sebelah di LPT2 untuk berehat selepas perjalanan yang panjang. 

Katanya, inisiatif itu dalam masa sama dapat menyokong rakan peniaga menerusi pembelian produk-produk tempatan bagi dijadikan buah tangan kepada keluarga dan rakan taulan.

Menurutnya, pelanggan yang lengkap vaksinasi Covid-19 berpeluang makan secara ‘dine-in’ di medan selera dan mereka akan diberikan pelekat hijau sebelum memasuki ruangan makan.

“Di samping itu, bagi mengelakkan kesesakan di R&R dan sekiranya pelanggan khuatir tentang penjarakan fizikal, kami mencadangkan pembelian bungkus bagi memastikan keselesaan semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN