Tourism Malaysia tawar e-baucar ke taman tema - Utusan Malaysia

Tourism Malaysia tawar e-baucar ke taman tema

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia memperuntukkan RM400,000 e-baucar tunai untuk ditebus menerusi kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’ bermula semalam sehingga 10 Disember ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) dan pengunjung juga boleh menikmati diskaun tiket masuk sehingga 50 peratus di lebih 25 taman tema dan pusat hiburan keluarga.

Menurutnya, program kerjasama itu adalah selari dengan Pelan Pemulihan Pelancongan bertujuan menyemarakkan kembali industri pelancongan domestik yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Dianggarkan sekurang-kurangnya 40,000 rakyat Malaysia bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan kempen ini.

“Pada masa sama, MATFA turut optimis untuk meraih 50 peratus peningkatan kunjungan orang ramai ke taman tema sepanjang kempen berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semua operator taman tema terlibat dijamin mematuhi standard operator prosedur (SOP) ditetapkan kerajaan.

Sementara itu, orang ramai yang ingin mendapatkan penebusan e-baucar tunai bernilai RM10 perlu melayari laman sesawang MATFA di matfa.org.my bermula semalam berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat dia dapat’.

Untuk maklumat lanjut berkenaan senarai taman tema yang mengambil bahagian serta terma dan syarat kempen, boleh melayari laman sesawang itu atau www.malaysia.travel. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya