"Tidak salah mengkritik atau beri komen, yang salahnya menghentam" - Fikry Ibrahim - Utusan Malaysia

“Tidak salah mengkritik atau beri komen, yang salahnya menghentam” – Fikry Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fikry Ibrahim percaya setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza namun haruslah menghormati keputusan yang dibuat.

Jelas Fikry yang berkongsi menerusi akaun TikTok dan dimuat naik semula menerusi Instagramnya, dalam setiap respons terhadap pandangan sebaiknya janganlah menghentam jika tidak bersetuju.

“Kadang-kadang bila kita tidak bersetuju dengan orang lain. Tidak semestinya dia betui (betul), kita salah. Atau pun kita betui, dia salah.

“Cuma apa yang penting kita menghormati pandangan orang lain. Tidak salah mengkritik atau beri komen, yang salahnya menghentam. Budaya suka batal ini bagi saya tidak sihatlah.

“Macam mana nak wujudnya kreativiti kalau kita asyik rasa diri sendiri sahaja betui. Tiada kaitan dengan orang lain dan diri saya. Kita masih ada ruang untuk memperbetulkan, saya juga sama,” ujarnya.

Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 27, berkata demikian selepas dia terbaca berhubung perkara tersebut di media sosial.

Sementara itu, menerusi komen perkongsian hantaran pelakon Cekelat Tak Semanis Honey, majoriti senada dengan apa yang diperkatakan olehnya.

“Saya sokong Fikry. Budaya suka batal ini sangatlah mengecewakan. Semua nak batal, macam tidak ada kerja lain.

“Bukannya ada kaitan dengan dia pun. Menyampah betul dengan sikap orang sekarang,” komen salah seorang pengguna IG.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN