MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mungkin tidak akan membenarkan ceramah dan jelajah mesra (walkabout), sebaliknya segala bentuk kempen perlu dibuat secara dalam talian menggunakan media sosial. Itu antara prosedur operasi standard (SOP) yang sedang diperhalusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman. Beliau berkata, justeru, satu SOP khas menghadapi pelaksanaan PRN juga akan dikeluarkan kerajaan negeri dalam masa terdekat. Jelasnya, SOP khas…










