Makin ramai rakan setugas dilihat tidak pakai pelitup muka - KJ - Utusan Malaysia

Makin ramai rakan setugas dilihat tidak pakai pelitup muka – KJ

Beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu dilanda cuaca panas. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai terutama ahli politik digesa terus memakai pelitup muka bagi mengelakkan perkara yang berlaku di United Kingdom (UK) berulang di negara ini. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, UK kini menghadapi gelombang baharu jangkitan Covid-19 berikutan penolakan memakai pelitup muka. 

“Terus memakai pelitup muka terutama ahli politik. Semakin ramai rakan setugas saya dilihat dalam gambar bermesyuarat tanpa memakai pelitup muka.

“Ramai ahli politik menghidap kencing manis, hipertensi dan mungkin obes. Jika anda dijangkiti Covid-19, walaupun sudah divaksin, it’s not going to be fun and games.

“Jangan jadi seperti UK, just mask up,” tulisnya di Instagram Story hari ini. 

Rakyat negara ini masih diwajibkan untuk mengenakan pelitup muka terutama ketika berada di tempat awam kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka didenda sehingga RM1,500. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya