Tayangan filem Allahyarham Mamat Khalid tanda penghormatan TV9 - Utusan Malaysia

Tayangan filem Allahyarham Mamat Khalid tanda penghormatan TV9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Industri tanah air kini telah kehilangan bintang yang tiada galang ganti, Allahyarham Mohamad Bin Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid pada tanggal 24 Oktober 2021 lalu.

Allahyarham merupakan seorang pengarah filem dan penulis lakon layar yang terkenal dengan filem-filem komedi seram serta sentiasa mempunyai idea-idea unik dan dekat dengan masyarakat.

Kenangan yang ditinggal buat peminat dipotretkan menerusi naskah-naskahnya yang hebat dan sebagai tanda penghormatan dan memori indah yang Allahyarham kongsikan bersama peminat dan penonton, TV9 hadir dengan slot tayangan filem di bawah pengarahannya.

Menerusi enam filem arahan Allahyarham, TV9 menyediakan slot Kuasa 3 Malam bermula hari ini hingga 4 November 2021.

Antara filem yang akan ditayangkan ialah Rock (26 Oktober 2021) pada pukul 9.30 malam, filem Rock OO! (29 Oktober 2021) pada pukul 8.30 malam, Rock Bro (30 Oktober 2021) pada pukul 8.30 malam dan Rock 4 : Rockers Never Die (2 November 2021) pada pukul 9.30 malam.

Selain seleksi filem Rock, turut ditayangkan di saluran yang sama ialah filem berjudul Lebuhraya Ke Neraka (3 November 2021) pada pukul 9.30 malam dan Lang Buana (4 November 2021) pada pukul 9.30 malam.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya