Tawar program untuk pekerjaan masa depan - MQA

Tawar program untuk pekerjaan masa depan – MQA

DR. MOHAMMAD SHATAR SABRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan digesa menawarkan program yang memenuhi kehendak pekerjaan terkini dan masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, program yang ditawarkan oleh IPT kini segelintirnya sudah kurang sesuai dengan keperluan zaman sekarang.

Katanya, jika diperhatikan kini banyak pekerjaan baharu yang muncul lebih-lebih selepas era revolusi industri 4.0 dan terbaru apabila pandemik Covid-19 melanda dunia.

“Jadi, diharapkan IPT lebih proaktif dan kreatif meneroka pasaran bidang baharu seterusnya menawarkan program yang relevan dengannya.

“Misalnya, kini penggunaan dron dilihat semakin meluas dalam pelbagai industri, namun program khusus dalam bidang dron amat kurang. Program seperti itu amat perlu dalam melahirkan graduan yang nantinya menjadj pakar dalam bidang berkenaan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keperluan IPT dalam menyediakan program yang relevan dengan kehendak industri.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, pihaknya mahu IPT hasilkan graduan untuk menjadi pakar dalam bidang pekerjaan baharu.

Katanya, pembangunan dron seperti jurutera, juruterbang dron dan pekerjaan lain yang berkait rapat dengannya.

“Pembangunan sistem solar juga antara bidang yang sering diperkatakan sekarang dalam inisiatif menuju ke arah penggunaan teknologi hijau.

“Program seperti pengurusan panel solar perlu diperkenal atau dimantapkan lagi selepas penggunaan sistem itu yang kian mendapat sambutan di negara ini. Begitu juga program berteraskan digital yang digunakan dalam majoriti pekerjaan ketika ini dan banyak bidang pekerjaan baharu lain untuk ditawarkan,” katanya.

Tambahnya, sekiranya IPT tempatan proaktif dalam meneroka program bidang baharu untuk ditawarkan maka hasrat Kementerian Pengajian Tinggi menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global akan dapat dicapai dalam tempoh terdekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya