Siri Belia Elit 2021 bermula hari ini - Utusan Malaysia

Siri Belia Elit 2021 bermula hari ini

KEJOHANAN tersebut antara lain memberikan peluang kepada pemain untuk menyerlahkan bakat setelah lama tidak turun beraksi akibat pendemik Covid 19.- IHSAN NFDP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan bawah 16 (B-16) dan 17 (B-17) tahun Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) akan Kejohanan Siri Belia Elit 2021 anjuran Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bermula hari ini.

Mereka dijadual bertemu Skuad Piala Presiden dan Belia Johor Darul Takzim (JDT) serta Selangor FC bagi dalam pertandingan itu. 

Kejohanan Elite Youth Series 2021 ini bakal melibatkan perlawanan tiga penjuru yang akan berlangsung selama seminggu bermula hari ini di akademi tersebut.

“Pasukan AMD akan menurunkan empat pasukan yang terdiri daripada Pasukan AMD A dan Pasukan AMD B bagi B-17 dan B16. 

“Penganjuran kejohanan ini adalah salah satu usaha yang diambil oleh NFDP dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memberikan minit bermain yang cukup kepada pelatih di AMD selain daripada memberikan perlawanan yang bersifat kompetitif kepada setiap pelatih di AMD,” kata AMD dalam satu kenyataan.

PASUKAN B-16 dan B-17 AMD akan Kejohanan Siri Belia Elit 2021 anjuran NFDP.- IHSAN NFDP

Kejohanan ini juga merupakan antara siri kejohanan persahabatan yang dianjurkan bersama akademi-akademi bola sepak terbaik di Malaysia.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.