Sindiket penipuan menyamar majikan perdaya mangsa - Utusan Malaysia

Sindiket penipuan menyamar majikan perdaya mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu sindiket penipuan dikesan menggunakan modus operandi baharu dengan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk memperdaya mangsa melalui kaedah penyamaran sebagai majikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, berdasarkan siasatan, suspek menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai majikan.

Kata beliau, sindiket berkenaan menggunakan gambar profil yang seolah-olah mirip atau sama dengan gambar majikan kepada mangsa.

“Mangsa yang percaya kemudian diarahkan membuat pembelian kad ‘Google Play Gift’ yang boleh dibeli di kedai serbaneka dan menyerahkan maklumat nombor pin kad tersebut kepada suspek.

“Mangsa hanya menyedari  ditipu selepas mendapati nombor telefon yang digunakan adalah berbeza dengan nombor sebenar milik majikannya.

“Setakat ini sebanyak dua kes penipuan sebegini telah dikesan melibatkan kerugian RM30,250,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Kamaruddin mengingatkan orang ramai  supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp atau panggilan daripada nombor tidak dikenali.

“Orang ramai diinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan gambar profil semata-mata sebaliknya perlu membuat semakan dan pengesahan terutama terhadap mesej yang melibatkan implikasi kewangan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN