Segera bertaubat sebelum terlambat - Firdaus Wong - Utusan Malaysia

Segera bertaubat sebelum terlambat – Firdaus Wong

FIRDAUS WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya 100 peratus yakin di akhirat nanti, ramai yang akan menyesal tidak sudah kerana berprasangka dan memfitnah saya dalam isu predator seksual, jikalau mereka masih enggan bertaubat sekarang di dunia,”.

Itu reaksi pendakwah bebas, Firdaus Wong menerusi hantarannya di aplikasi Telegram berhubung isu yang dikaitkan dengan seorang pendakwah bebas.

Dalam perkongsian panjang lebar tersebut, Firdaus percaya keadilan akan berpihak kepada individu yang teraniaya dan berharap mereka sempat bertaubat.

“Mereka yang masih berprasangka dan pernah memfitnah saya segera bertaubat sebelum terlambat.

“Keadilan dapat ditegakkan di dunia atau tidak, tetapi sebagai Muslim saya menyakini keadilan mutlak pasti terserlah di akhirat sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Ghafir 40:17,” luahnya.

Tambahnya, dia telah memaafkan mereka yang berprasangka dan memfitnahnya.

Bagi Firdaus, antara mereka dengan dirinya telah selesai.

“Jikalau anda belum bertaubat kepada Allah, urusan anda dengan Allah yang perlu diselesaikan dan saya mohon agar anda bersegera bertaubat pada-Nya.

“Tidak perlu mesej atau meminta maaf kepada saya kerana terlalu ramai yang mesej meminta maaf dan saya tidak mampu membalas semuanya.

“Saya telah maafkan anda semua. Sekarang selesaikan urusan anda pula dengan Allah dan jangan mengulangi lagi perbuatan anda itu,” katanya.

Tegas Firdaus, seandainya mereka masih terus-menerus berprasangka dan memfitnah dirinya serta enggan bertaubat kepada Allah, maka mereka akan menyesal dengan perbuatan mereka nanti di akhirat kelak. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya