SD menyatakan Idris bakal Ketua Menteri - Utusan Malaysia

SD menyatakan Idris bakal Ketua Menteri

AB. RAUF YUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani oleh 11 ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan empat ADUN kerajaan mencadangkan nama seorang bekas Ketua Menteri, diangkat menggantikan Ketua Menteri ke-12, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sebentar tadi, melalui wawancara secara dalam talian.

Meskipun tidak menyebut nama individu berkenaan, ia dipercayai merujuk kepada ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron yang turut mengetuai gerakan menumbangkan kerajaan negeri pimpinan UMNO.

Ab. Rauf turut berkata, Barisan Nasional (BN) sudah melakukan yang terbaik bagi menjaga kestabilan politik di Melaka, yang mana satu perbincangan bersama DAP telah dilakukan untuk menawarkan tawaran seperti mana diumumkan Sulaiman ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu.

“Saya tahu gerakan yang berlaku, apa jua mesyuarat telah dibuat, saya juga dapat maklumat. Malah saya juga melihat SD yang telah ditulis, meminta salah seorang bekas Ketua Menteri menjadi Ketua Menteri.

“Tawaran itu dibuat secara rasmi pada sidang DUN, jadi saya membentangkan kenapa perlu meruntuhkan kerajaan negeri? Dan bersama-sama hope for the best untuk tidak menjejaskan kestabilan politik di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, teka-teki pergelutan politik di Melaka terjawab apabila empat ADUN yang disebut-sebut terlibat, telah mengumumkan penarikan sokongan mereka, Isnin lalu.

Selain Idris, yang lain ialah ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Dalam pada itu, Ab. Rauf menambah, DAP negeri bagaimanapun enggan menerima tawaran tersebut, meskipun sudah mengakui menerimanya ketika sidang DUN berlangsung.

“Saya cakap terus-terang, saya mewakili BN berunding dengan DAP dan menawarkan beberapa solusi. Tetapi adalah malang kita melihat, ia tidak diterima oleh pemimpin utama DAP negeri.

“Kenapa kita perlu gegarkan Melaka dengan gerakan serang hendap terancang? Saya berterus-terang memang ada perbincangan secara tidak rasmi malam sebelum kejadian,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya