Saya hanya mahu Michael Ang hormati saya - Iqbal - Utusan Malaysia

Saya hanya mahu Michael Ang hormati saya – Iqbal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli kesal dengan tindakan pengarah terkenal, Michael Ang yang secara berterusan mengkritik dan bercakap tentang dirinya di media sosial.

Kata Iqbal, dia enggan membalas tohmahan yang dilemparkan kerana masih menghormati pengarah tersebut.

Bagaimanapun, usahawan ini berpandangan tindakan Michael yang semakin memburukkannya sudah keterlaluan.

“Siapalah saya untuk menafikan kata-kata Michael Ang. Namun, berpanjangan dan semakin memburukkan saya tanpa berlandaskan cerita sebenar,” tulisnya di Instastory.

Dalam masa yang sama, Iqbal berharap agar Michael menghormatinya dan tidak terus menerus bercakap buruk tentangnya.

“Dengan rasa hormat, saya hanya mahu Michael Ang hormati saya juga sebagai budak ‘suara pondan kepit’ yang dia katakan.

“Saya ingin hormati dunia industri, menjaga batas. Namun siapa tahu begini perjalanan hidup saya,” luahnya.

Michael Ang sebelum ini mencuri perhatian apabila mengkritik Iqbal dan mendakwanya ‘cakap tidak serupa bikin’ berhubung kenyataan usahawan itu yang menyebut tentang kereta idamannya.

Iqbal dalam perkongsiannya di Instagram sebelum ini menasihatkan agar Michael meneliti dengan betul setiap kenyataannya berhubung perkara itu dan tidak memperkatakan hal tersebut jika tidak memahami apa yang diperkatakannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.