Salah guna kuasa: SPRM tuduh ahli Parlimen esok - Utusan Malaysia

Salah guna kuasa: SPRM tuduh ahli Parlimen esok

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu pertuduhan akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang ahli Parlimen, esok kerana disyaki terlibat dalam salah guna kuasa.

Pertuduhan membabitkan pemimpin dari sebuah parti politik di Sabah itu dilakukan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pukul 9 pagi esok.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, ahli politik berkenaan disyaki  menggunakan kedudukannya untuk membuat keputusan bersama meluluskan pelantikan seorang kontraktor bagi menjalankan projek di salah sebuah pelabuhan di negeri berkenaan. 

Kata sumber itu, kontraktor yang dilantik itu disyaki mempunyai kepentingan dengan ahli politik berkenaan.

“Pertuduhan akan dilakukan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya