Sabah tubuh enakmen kawal pembuangan sisa pepejal - Utusan Malaysia

Sabah tubuh enakmen kawal pembuangan sisa pepejal

Tapak pelupusan sisa pepejal Kayu Madang, Telipok di Kota Kinabalu.-IHSAN Media Sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Perancangan dan Pengurusan Sisa Pepejal bagi menyediakan pengurusan sisa pepejal yang komprehensif dan mampan.

Usaha itu selaras dengan langkah kerajaan negeri untuk menguatkuasakan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal 2020 yang dijangka akan dibawa ke dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa terdekat untuk kelulusan.

Itu antara langkah kerajaan negeri mengelakkan kewujudan tapak pelupusan haram di Sabah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, enakmen tersebut dijangka dilaksanakan pada awal tahun hadapan.

 

MASIDI MANJUN

 

 

 

 

 

 

 

 

“Keputusan kerajaan negeri untuk tidak menggunapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 kerana pengurusan sisa pepejal adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP),” katanya.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri masih mengambil pendekatan lain iaitu mewujudkan enakmen untuk memastikan pengurusan sisa pepejal di Sabah terkawal.

Beliau berkata, penubuhan Majlis Perancangan dan Pengurusan Sisa Pepejal tersebut akan berfungsi sebagai pemandu arah serta membimbing Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaku agensi pelaksana untuk menguruskan sisa pepejal dengan lebih teratur dan mampan.

Mengulas lanjut katanya, pengurusan sisa pepejal memberi fokus kepada usaha memperkenalkan konsep 3R (mengurangkan, guna semula dan kiitar semula) untuk mengurangkan sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah atau dikenali sebagai ke arah sifar pembuangan ke tapak pelupusan.

Dalam pada itu, kementeriannya turut bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di persekutuan terutama dalam penyediaan tapak pelupusan sampah yang lebih sistematik.

“Kedua-dua kementerian ini sedang bekerjasama dalam satu kajian kemungkinan bagi melihat kesesuaian dan keberkesanan penggunaan teknologi mini insinerator atau pembakaran sampah.

“Ini antara alternatif yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan sampah dibuang ke pusat tapak pelupusan sampah,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Sabah antara tujuh negeri tidak memperakui Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang dikatakan punca tapak pelupusan haram terus wujud. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya