PETALING JAYA : Kerajaan membenarkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak untuk menikmati kelonggaran rentas negeri walaupun belum menerima vaksin Covid-19.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam sidang media khas hari ini.
Menurut Ismail Sabri lagi, tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dikeluarkan bagi kelonggaran berkenaan bagi negeri yang belum mencapai kadar vaksinasi 80 peratus.-UTUSAN ONLINE










