Rakan artis, menteri ziarah jenazah Mamat Khalid - Utusan Malaysia

Rakan artis, menteri ziarah jenazah Mamat Khalid

ORANG ramai yang menziarahi jenazah Allahyarham Mamat Khalid di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Rakan artis dan para pelakon filem Kampung Pisang antara yang menziarahi jenazah Mamat Khalid di kediaman pengarah dan penerbit terkenal itu Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini. 

Antara rakan artis yang menziarahi jenazah Mamat Khalid  ialah Datuk Awie.

Turut menziarah ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River,  kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh. 

Sementara itu, Mamat Khalid sempat membuat persembahan di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River semalam.

Anaknya, Mohd.. Khalid Amen Mohamad, 25, berkata, bapanya bermain keyboard  mengalunkan lagu Apokalips kegemarannya di hadapan ahli keluarganya.

Menurutnya, secara tiba- tiba bapanya terdiam.

“Saya dan  ahli keluarga terus menerpa ke arahnya,  dia tidak mengadu sakit apa-apa pun ketika itu. 

“Kami menghubungi ambulans dan akhirnya papa menghembus nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital. Papa memang ada sakit jantung,” katanya.

Menurutnya, Allahyarham sepatutnya akan memulakan penggambaran untuk telemovie bertajuk Kampung Pisang Berbuah Dua Kali minggu depan.

“Masih mengekalkan pelakon yang sama papa sudah ambil beberapa speed untuk siapkannya. 

“Papa bercadang untuk memulakan penggambaran hujung bulan ini tetapi tidak sempat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN