Projek pembangunan luar bandar Sabah alami kelewatan - Utusan Malaysia

Projek pembangunan luar bandar Sabah alami kelewatan

MAHDZIR Khalid (tiga kiri) melawat projek Jalan Kampung Pulau Penampang di Kota Kinabalu hari inI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Projek pembangunan luar bandar di Sabah dijangka mengalami sedikit kelewatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini.

Maka, proses penyiapan projek dijangka mengalami kelewatan antara empat hingga lima bulan daripada tarikh asal.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak RM 1.2 bilion peruntukan kepada Sabah pada tahun ini bagi pembangunan projek jalan raya luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan bekalan air luar bandar.

Projek-projek pembangunan ini sedang berjalan namun, dijangka tarikh penyiapan projek akan mengalami kelewatan.

“Semasa PKP ada kerja-kerja tergendala kerana kontraktor tidak dibenarkan masuk ke tapak pembinaan. Ini menyebabkan berlaku kelewatan jadi, kita akan pastikan projek-projek ini akan diteruskan sehingga siap.

“Perbincangan akan diadakan antara pihak kementerian dengan kontraktor bagi melanjutkan tempoh penyiapan projek,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke tapak projek Jalan Raya Kampung Pulau Penampang, di sini hari ini.

Mahdzir berkata, seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)  Sabah akan sentiasa diberi keutamaan dari segi pembangunan.

Maka, menjelang pembentangan Belanjawan 2022 ini, peruntukan pembangunan bagi Sabah akan diteruskan bagi membangunkan jalan-jalan kampung serta menyediakan bekalan elektrik dan juga air di luar bandar.

Dalam majlis berasingan, Mahdzir turut menyampaikan bantuan kit peralatan masakan berasaskan pastri kepada 30 peserta program Quick Win anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sabah.

Sejak 2017 hingga tahun lalu, seramai 16,293 orang peserta mengambil bahagian dalam program berkenaan. Setakat ini, sejumlah RM2.74 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya