PRN Melaka dalam tempoh 60 hari - SPR - Utusan Malaysia

PRN Melaka dalam tempoh 60 hari – SPR

AKTA lompat parti dapat mengembalikan semula mandat kepada rakyat yang memilih parti berbanding calon. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)  Melaka, berhubung dengan pembubaran DUN negeri itu penggal ke-14, hari ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka. 

Justeru, kata beliau, berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka  berkehendakkan suatu pilihan raya negeri  (PRN) hendaklah diadakan dalam  tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN itu. 

“SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi  membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut. 

“Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengisytiharkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa semalam.

Beliau memaklumkan keputusan yang dibuat Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya