Premis simpan iguana, kera di Cyberjaya diserbu Perhilitan - Utusan Malaysia

Premis simpan iguana, kera di Cyberjaya diserbu Perhilitan

 SEBAHAGIAN hidupan liar yang dirampas di sebuah premis di Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini. - IHSAN PERHILITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah premis persendirian di Cyberjaya, Selangor dekat sini diserbu kerana menyimpan sejumlah haiwan liar tanpa memiliki lesen sah, baru-baru ini.

 Menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), kejayaan itu hasil usaha Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mana seorang lelaki ditahan melalui serbuan mengejut tersebut.

 Premis tersebut didapati mempunyai dua ekor unggas kakak tua jenis African Grey dan nuri Rose-ringed Parakeet selain seekor iguana atau sesumpah gergasi serta seekor kera.

 “Kesemua hidupan liar yang dirampas itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor dan satu laporan polis dibuat mengenai serbuan daripada OBK tersebut,” katanya.

 Kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN