Polis, SKMM kesan pengendali Twitter Edisi Siasat - Utusan Malaysia

Polis, SKMM kesan pengendali Twitter Edisi Siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pemilik laman sosial Twitter, Edisi Siasat yang mendedahkan maklumat mengenai salah laku pelbagai agensi penguat kuasa termasuk tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mencuri wang tunai bernilai jutaan ringgit.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya masih mengenal pasti individu yang mengendalikan laman sosial berhubung pendedahan dibuat.

“Setakat ini, kita sedang mengesan pengendali laman sosial berkenaan,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, ditanya mengenai siasatan gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah popular, Abd. Jalil berkata, pihaknya masih dalam proses melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Kita masih lagi lengkapkan kertas siasatan berkenaan,” jelasnya.

Sebelum ini, polis mengesahkan membuka satu kertas siasatan ekoran video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Pada masa sama, kata beliau, kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ekoran penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya