Polis kesan suspek samun pemandu teksi, e-hailing di Rembau

Polis kesan suspek samun pemandu teksi, e-hailing di Rembau

FOTOFIT dan gambar suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun membabitkan pemandu teksi dan juga pemandu e-hailing di daerah ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Polis kini giat mengesan seorang lelaki yang merupakan suspek dipercayai terlibat dalam kejadian samun membabitkan pemandu teksi dan juga pemandu e-hailing di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, polis sudah mendapatkan fotofit suspek berdasarkan keterangan mangsa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menghubungi Inspektor Mohd. Harizan Misron di talian 012-7425209 atau Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau ditalian 06-6851999,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata, pada bulan ini, pihak polis telah menerima dua laporan polis berkaitan kejadian samun berkenaan.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Rembau telah menjalankan siasatan serta membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan polis mendapati modus operandi bagi dua kes berkenaan adalah sama dan pihak polis percaya ia juga dilakukan oleh suspek yang sama.

“Suspek menyamar sebagai penumpang yang naik di kawasan negeri Melaka lalu mengarahkan pemandu teksi atau e-hailing ke kawasan sunyi di daerah Rembau dan melakukan samun terhadap pemandu berkenaan,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN