Polis kesan remaja Myanmar, saksi kes penyeludupan migran

Polis kesan remaja Myanmar, saksi kes penyeludupan migran

S. VIJAYA RAO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan warga Myanmar sebagai saksi utama perbicaraan satu kes penyeludupan migran. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, remaja berusia 18 tahun itu diperlukan bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini, pada Isnin depan.

“Identiti remaja yang tidak dapat dikesan itu dikenali sebagai Ayesha Bibi Mohamed.

“Perbicaraan kes berkenaan dijadualkan pada 11 hingga 14 Oktober depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Pasukan Gerakan Am (PGA) Pos Tok Muda menahan 36 migran terdiri daripada warga Indonesia dan Myanmar, kira-kira pukul 5 pagi, 6 Januari lalu.

“Tangkapan ke atas dua lelaki Myanmar turut dilakukan Balai Polis Kapar dan merampas sebuah kereta Honda City yang dipercayai digunakan untuk mengangkut mereka.

“Dua suspek didakwa mengikut Seksyen 26 J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Sehubungan itu, Vijaya Rao memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi berkenaan supaya menyalurkannya kepada polis.

Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Muhammad Ramli di talian 012-9392198 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN